Sebab utama adalah seperti berikut:-
a) supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan,program pemulihan,intervensi awal,pencegahan,latihan dan pendidikan;
b) supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program,latihan,pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya;
c) supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU;
d) supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan;
e)supaya OKU dapat menggunakan kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan;
f)supaya OKU dapat maklumat program-program laithan,pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
2.Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:-
*OKU boleh memohon sama ada melalui surat,email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah(PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal;
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran(diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya sama ada di hospital/klinik kerajaan atau klinik pakar swasta;
*Pemohon juga mesti menyediakan 3 keping gambar
*sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar,dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
No comments:
Post a Comment