Monday, 22 February 2016


 YAASWINI A/P KASINATHAN
16DAT15F1039


SARANYA A/P MANIKAM
16DAT15F1014

VARSHENEE A/P PARENJOTHI 
16 DAT15F1004
                                                      TURGEYSHINI A/P JAYABALAN
                                                                  16DAT15F1002

Wednesday, 17 February 2016

DEFINISI ORANG KURANG UPAYA

Adakah anda tahu siapakah Orang Kurang Upaya(OKU).OKU ialah seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari fizikal atau mental atau  ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.Terdapat beberapa kategori orang kurang upaya,antaranya :

1)Kurang Upaya Pendengaran
2)Kurang Upaya Penglihatan 
3)Kurang Upaya Fizikal
4)Kurang Upaya Pertuturan
5)Masalah Pambelajaran
6)Masalah Mental

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA

 1. Kurang Upaya Pendengaran - Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua   belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung     walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran,iaitu:
a) Minima(Mild) - (20-<30 dB)(untuk orang dewasa)
b)Sederhana(Moderate) - (30-<60 dB)
c)Teruk(Severe) - (60-<90 dB)
d)Sangat Teruk(Profound) - (>90 dB)
 
2. Kurang Upaya Penglihatan -  Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan       terhad sama ada di sebelah atau kedua-dua belah mata walaupun  dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada:
BUTA(BLIND)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
PENGLIHATAN TERHAD(LOW VISION)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebik baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
 
3. Kurang Upaya Fizikal  -  Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini menjejakan keupayaannya.Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil,kudung tangan atau kaki atau  keduanya,kudung ibu jari tangan,lumpuh,spina bifida,muscular dystrophy dan cerebral palsy.Bagi kekurangan yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudug satu jari,mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
                           
4. Masalah Pembelajaran - Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam,down sindrom,kurang upaya intelektual,autisme,Attention Defisit Hyperactif Disorder(ADHD),masalah pembelajaran spesifik(dyslexia,dyscalculia,dygraphia)dan lewat perkembangan global(global development delay).
                     
5. Kurang Upaya Pertuturan - Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh                       mendengar.

6. Kurang Upaya Mental - Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah           menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh pakar             Psikiatri.Akibat daripada penyakit yang dialami,mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi           sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri.Antara jenis-jenis penyakit mental   tersebut adalah skizofrenia,mood disorder dan organic mental disorder yang serius dan kronik.

7. Kurang Upaya Pelbagai - Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan         dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasinya di bawah mana-mana (5) kategori lain yang sedia ada.Contohnya seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

KEISTIMEWAAN ORANG KURANG UPAYA

ELAUN PEKERJA KURANG UPAYA
Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang bekerja dan berpendapatan kurang RM750.00 sebulan bagi individu.Ini adalah untuk menggalakkan mereka yang berminat untuk bekerja dan menggekalkan dalam sesuatu pekerjaan.

SKIM BANTUAN PELANCARAN 
Membantu orang kurang upaya yang berkeperluan boleh menikmati bantuan-bantuan lain di bawah jabatan jika berkelayakan seperti:
*Bantuan kanak-kanak
*Bantuan orang tua
*Bantuan kepada belia/beliawanis dan latihan aprentis
*Bantuan Am

PENEMPATAN KERJA
Jabatan membantu mendapatkan  kerja di sektor perkilangan,firma dan agensi kerajaan serta dalam rancangan khas seperti bengkel dilindung,rancangan tanah dan lain-lain.
Bengkel Terlindung
Bagi orang kurang upaya yang tidak dapat memasuki sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta,latihan dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan,swasta dan badan berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan.      

PERKHIDMATAN DI DALAM INSTITUSI
Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan  kemahiran yang sesuai.
Perkhidmatan di Institusi
*memberi jagaan,perlindungan dan pemulihan 
*menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal,sosial dan rohaniah
*Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni
*Memberi pendidikan,bimbingan serta latihan vokasional
*Penempatan semula dalam masyarakat
*Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat
*Memberi kaunseling

INSTITUSI BERKAITAN ORANG KURANG UPAYA
*Taman Sinar Harapan(TSH)
*Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi(PPLPP)
*Bengkel Daya
*Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK)
*Rumah Kelompok

PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN(PPLPP),Bangi
Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
Kursus Vokasional
syarat-syarat:
*Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
*Berkelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)/Ujian Pencapaian Sekolah                                 Rendah(UPSR)/Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) mengikut jenis kursus
*Berumur 18 hingga 40 tahun
*Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri
Jenis-jenis kursus
*IT Komputer
*Pembantu Tadbir Sistem Maklumat
*Juruelektronik
*Elektronik
*Protestik dan Orthotik 
Kursus Pra Vokasional
syarat-syarat
*Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya anggota/fizikal
*Berumur 14 hingga 25 tahun
*Boleh dilatih dengan kemahiran dan boleh mengurus diri
jenis-jenis kursus:
*IT Komputer
*Membaiki Radio dan TV
*Jahitan 
*Lukisan 

TAMAN SINAR HARAPAN (TSH)
Institusi ini memberi latihan kepada individu kurang upaya yang ada masalah pembelajaran sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan  juga memberi perlindungan dan jagaan kepada yang mengalami kecacatan akal yang teruk.Antara program dan aktiviti yang disediakan ialah:
*Kelas akademik asas



SOALAN LAZIM BERKENAAN PERKHIDMATAN PRANG KURANG UPAYA

1.Mengapa Orang Kurang Upaya(OKU) digalakan mendaftar dengan JKM?
   Sebab utama adalah seperti berikut:-
a) supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan,program pemulihan,intervensi awal,pencegahan,latihan dan pendidikan;
b) supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program,latihan,pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya;
c) supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan yang bertepatan dengan OKU;
d) supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan;
e)supaya OKU dapat menggunakan kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan;
f)supaya OKU dapat maklumat program-program laithan,pendidikan  dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. 

2.Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:-
*OKU boleh memohon sama ada melalui surat,email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan              Masyarakat Daerah(PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal;
*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran(diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya sama ada di hospital/klinik kerajaan atau klinik pakar swasta;
*Pemohon juga mesti menyediakan 3 keping gambar 
*sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar,dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.

BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KEPADA OKU DAN VIDEO

1. Bantuan alat tiruan/alat sokongan(BAT/S)
Bantuan ini bertujuan untuk membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli kaki palsu,tangan palsu,tongkat tangan/ketiak,kerusi roda,alat pendengaran,cermin mata khas,kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Bagi menimbang permohonan,faktor berikut diambil kira:-
OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan;

2. Geran Pelancaran(GP)
Bertujuan mamberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan kerajaan.Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jaya diri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri.Had maksimum geran pelancaran ialah RM2700.00 sekaligus dengan tempoh kaji semula.
Kelayakan:
Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
Orang Kurang Upaya(OKU) yang sedang mendapat perkhidmatan dari Jabatan;
Bekal pelatih dari Institusi Kebajikan;
Kes-kes selian akhlak.

3.Elaun Pekerja cacat(EPC)
Skim ini bertujuan menggalakan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahlli keluarga atau orang lain.Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
*sebagai penyenggaraan pendapatan(income maintenance)untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya(OKU).
*sebagai insentif untuk menggalakan OKU bekerja,hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan:
*Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya
*Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga.
*Berumur 16 tahun ke atas
*Tidak tinggal di institusi yang disediakan kemudahan tempat tinggal,makan/min um dan pakaian percuma.




                                                                          VIDEO